Salam Tahun Baru 2013

December 23, 2012

 

Salam tahun baru 2013.

Semoga sejahtera selalu.

Bye.

Marry Xmas

December 23, 2012

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Image

 

Image

Selamat hari krismas kepada kawan-kawan semua. Semoga gembira selalu. TQ.

Lebah Yang Cerdik

January 3, 2008

 
Assalamua alaikum warahmatullahi wbarakatuh,
 
Tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi sekalian,

Beberapa hari yang lalu saya telah bertarung dengan sekumpulan lebah yang pintar di halaman rumah saya.
Pertarunga tersebut memang hebat. Kisahnya bermula apabila saya hendak membersihkan sampah sarap di dalam tong sampah di hadapan rumah seperti terdapat sekumpulan lalat berlegar-legar di sekitar tong sampah yang berpintu itu.

 Saya perhatikan seperti terdapat sesuatu di dalam tong sampah tersebut berdasarkan pergerakan lalat yang banyak itu. Pada ketika itu terdapat sedikit ruang pintu tong sampah ternganga.

 Apabila saya buka pintu sampah itu saya terperanjat dan melihat sendiri setandan kumpulan lebah sedang bersarang di atas tong sampah itu. Memandangkan anak-anak saya selalu bermain-main di halaman itu dan sesekali budak saya pula nakal kerap membaling-baling selipar maka saya khuatir akan berlaku sesuatu jika mereka terbaling rumah lebah yang sedang bertapak di situ. Lalu tanpa melengahkan masa saya memulakan operasi menghalau kumpulan lebah-lebah tersebut dengan membakar surat khabar dan mencampakkannya ke dalam tong sampah yang dipenuhi oleh lebah-lebah itu.

 Saya mengambil masa hampir sejam untuk menghalau kumpulan lebah tersebut. Dengan rasa gembira dan bersyukur saya telah dapat menghalau lebah-lebah tersebut sebelum mereka berkubu di situ.

 Alhamdulillah, usaha saya itu tidak sia-sia. Lebih daripada sejam saya telah gunakan untuk berperang dan berjaya menghalau gerombolan lebah tersebut. Saya katakan telah berjaya menghalau lebah tersebut kerana tiada lagi kelihatan dan kedengaran pergerakan lebah di sekitar tong itu.

 Saya memberanikan diri untuk membuka pintu tong sampah walaupun perasaan takut bercampur simpati terasa juga diingatan. Perasaan saya sememangnya sayangkan mereka kerana saya adalah peminat madu lebah.  Apabila saya bangkit membuka pintu tong sampah itu untuk menjenguk lebah-lebah itu saya terperanjat yang amat sangat kerana….

 Apa agaknya yang berlaku selepas itu, sila ikuti cerita ini seterusnya.

 wassalam.

Pengenalan

January 1, 2008

Saya bertugas di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, sejak sepuluh tahun yang lalu. Dalam tempoh tersebut saya banyak mengalami pahit manis kerenah tetamu dan klien saya di samping sahabat-sahabat setugas.

Semoga Allah merahmati semua kawan-kawan yang pernah setugas dengan saya sama ada yang telah berpindah tempat atau yang masih bertugas di JAWI.

Kita selalu berdoa dan berharap semoga hari ini lebih baik dari hari-hari semalam. Manakala hari-hari esok lebih baik daripada hari ini.

Bekerjalah kita dengan tenaga yang ada kerana hari esok yang belum pasti.

Selamat berkenalan.